Amar Baharin Dikejarkan Ke Hospital Selepas Berlaku Pergaduhan Di Set Penggambaran !!


Amar Baharin Teruskan Penggambaran 
Meski dalam keadaan luka dan berdarah, Amar Baharin memaklumkan yang dia tetap meneruskan beberapa 'shot' sebelum dikejarkan ke hospital.

"Ia terjadi selepas melakukan adegan pergaduhan. Tanpa disengaja, tumbukan terkena betul di wajah saya. Namun saya meminta pengarah untuk meneruskan beberapa 'shot' dengan darah yang betul," ujar Amar kepada Media Hiburan.

Insiden itu berlaku di lokasi penggambaran telefilem 'Jalan Singkat Ke Syurga' lebih kurang jam 1.30 pagi. Beberapa jam selepas itu, Amar dibenarkan keluar hospital.
Telefilem arahan Rashid Sibir ini turut menampilkan nama-nama hebat lain seperti Faizal Hussein dan Eja.



 Baca artikel selanjutnya di sini...

0 Response to "Amar Baharin Dikejarkan Ke Hospital Selepas Berlaku Pergaduhan Di Set Penggambaran !! "

Post a Comment