VIDEO: Padah Lempar Kata Kesat “B*** Punya Cina”

#AKIBAT melemparkan kata-kata kesat, seorang lelaki telah menjadi ‘lauk’ kepada peniaga-peniaga Cina dalam sebuah kejadian yang dilaporkan berlaku di pusat beli belah, The Mines.
Kejadian dikatakan berpunca daripada mangsa yang berang dengan sikap penjual yang cuba memperdayakanya sehingga mencetuskan perbalahan di antara kedua-dua pihak.
Mangsa sebelum itu dilihat cuba mengancam penjual terbabit, namun dihalang oleh seorang lelaki yang dipercayai rakannya.
Namun, perbalahan tersebut menjadi kemuncak apabila mangsa melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya iaitu, ‘BABI PUNYA CINA‘ kepada penjual terbabit.
Tindakan provokasi lelaki itu mengundang padah apabila beberapa rakan peniaga bertindak memukulnya dengan bertubi-tubi menyebabkan mangsa lari dan seterusnya keluar dari pusat beli-belah itu.
Video kejadian itu telah tersebar meluas di laman Facebook sejak beberapa jam yang lalu.
Kejadian itu bagaimanapun tidak mengejutkan warga netizen yang pernah berkunjung atau membeli telefon bimbit di situ.
Ini kerana kebanyakan mereka sudah tahu dan masak dengan sikap peniaga telefon bimbit di pusat beli-belah itu yang kerap menipu pelanggan, lebih-lebih lagi pelanggan yang buta gajet.
-MYNEWSHUB.CC

0 Response to "VIDEO: Padah Lempar Kata Kesat “B*** Punya Cina”"

Post a Comment