Zizan hantar rombongan merisik


Cik Pang dengar cerita pelakon dan pengacara Zizan Razak sudah menghantar rombongan merisik.
Tapi bukan merisik pelakon jelita, Emma Maembong sebaliknya merisik gadis sekampung dari Terengganu.
Kata teman Cik Pang, rombongan merisik keluarga Zizan bertandang ke rumah si gadis pada Rabu minggu lalu.
Cik Pang cuba korek lagi daripada teman Cik Pang, siapakah gerangan si gadis bertuah itu. Kata teman Cik Pang, si gadis itu namanya Nor Edura Diyana Hisham, baru berumur 24 tahun dan menuntut dalam bidang perakaunan di universiti tempatan di Terengganu.
Hebat tak risikan Cik Pang. Cuma yang tidak sedap didengar gadis itu dikatakan sudah bersama Zizan sejak selebriti itu masih bercinta dengan Emma.
Tidak pastilah sama ada betul atau tidak. Kata teman Cik Pang, Zizan pernah memperkenalkan si gadis kepada Emma sebagai kawan sekampung ketika mereka keluar beramai-ramai dengan teman-teman lain.
Si gadis juga dikatakan pernah bergambar bersama Emma di sebuah restoran tapi memperkenalkan diri sebagai peminat Emma.
emma-maembong-dan-zizan-razak
Malah apabila isu Zizan dan si gadis yang dikatakan sebagai orang ketiga itu muncul, Zizan berkali-kali menafikan dengan pihak media.
Bukan itu saja, apabila peminat mula berteka-teki siapa si gadis dan kedudukan Emma ketika putus cinta dulu, Zizan langsung tidak beri respons kepada media.
Cik Pang harap, selepas ini mungkin Zizan boleh meredakan teka-teki peminat yang menantikan jawapannya.
Cik Pang rasa, cara terbaik Zizan perlu tampil menjelaskan apa yang berlaku. Tidak salahpun kalau mengaku sudah merisik atau bertunang, apatah lagi kalau sudah berkahwin.
Sekurang-kurangnya, ada juga yang mendoakan kebahagian dan kesejahteraan mereka. Orang kata, kalau niatnya baik, InsyaAllah rezeki juga akan melimpah ruah. Hmetro

0 Response to "Zizan hantar rombongan merisik"

Post a Comment